Thursday, February 11, 2010

Ayat Lazim Seorang Wanita...

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga. Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

* Petikan Blog Omar

Baca Lagi...

Tuesday, February 9, 2010

Kenangan Zaman Sekolah...

Perbualan Bersama Pelanggan
Dialog 1 :
Bang, saya fotostat banyak ni. Takkan boleh kurang.

Dialog 2 : Murahnya, sekeping 5 sen je. Baki tu abang ambil jela.

Dialog 3 : Bang, saya nak buat 2 dalam 1 je ek. Cikgu suruh. Dapat jimat sikit.

Dialog 4 : Kenapa tak jelas ni? Awak gelapkan sikit boleh?

Dialog 5 : Bang, bagi resit boleh? Nanti kawan-kawan tak percaya pulak.

Dialog 6 : Nasib baik awak buka kedai fotostat di sini. Senang kami. Tak perlu susah-susah fotostat di luar.

Dialog 7 adalah dialog paling “sengal”.

Saya berkata “Maaf dik, elektrik takde la. Mesin tak dapat jalan. Tengok kelas tu pun tiada elektrik”. Adik itu membalas “Ala bang, saya nak guna cepat ni. Takkan tak boleh tolong. Saya membalas di dalam hati “mesin ni guna elektrik la, bukan bateri”

Dialog-dialog di atas adalah rutin seharian yang saya tempuh kecuali dialog yang ke 7. Dialog ke 7 dialami sewaktu Sekolah Menengah Paduka Tuan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Pengalaman Sepanjang Hayat
Bekerja sementara dengan menempuh suasana persekolahan mengingatkan saya kepada kenangan sewaktu zaman persekolaan. Mungkin suasananya berbeza kerana sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 6 saya bersekolah di sekolah arab, namun demikian karenah para pelajar sekolah menengah biasa boleh membuatkan sesetengah guru pening dan sakit jantung.

Ada juga guru yang meluahkan bahawa mereka rasa terbeban dengan karenah para pelajar. Bahkan juga jika terdengar para guru ini dimaki adalah perkara biasa. Tidak mengira lelaki maupun perempuan.

Cuti berbaki saya hanya tinggal sebulan setengah sahaja lagi, sedangkan kerja yang sepatutnya saya laksanakan belum dapat saya sempurnakan. Kenapa? Tidak mempunyai masa, ruang dan peluang. Tetapi saya merancang cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan sepenuhnya, walaupun jadual agak padat dengan pelbagai agenda yang telah dirancang dan diterima. Insya-Allah.

Pernikahan Kawan2
Dalam tempoh bercuti juga, saya dapat menghadiri majlis perkawinan 2 orang kawan saya iaitu Ustaz Ahmad Zainan dan Ustaz Mohd Faiz Abidin dan yang bakal menyusul Ustaz Zarul Salleh, Ustaz Mohd Ridwan Roslan dan Ustaz Mohd Rasul Amat Al-Hafiz. Ramai juga yang Tanya “Hai, asyik pergi majlis orang je, kau tu bila pula?” “Kawan2 ada yang dah ada anak, kau tu je masih belum berkawin”. Saya menjawab,” Masih belum ada rezki la. Lagipun aku belum habis belajar lagi. Si dia tu pun masih belajar lagi la”. Namun hakikatnya, masih belum dapat lampu hijau dari mak saya sendiri yang mengenakan syarat supaya dah ada kerja, baru boleh memasang hajat untuk berkahwin.

Baca Lagi...