Alhamdulillah, pada 13 Oktober 2009 yang lalu, tajuk skripsi saya telah diterima oleh Ketua Jurusan Ahwal Syakhsiah, Kuliah Syariah. Nampak macam mudah, tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu.
Sebanyak 2 judul yang telah diajukan yaitu (1) Penyelewengan Perhubungan Antara Lelaki dan Perempuan Serta Dampak Negatifnya Kepada Moral Masyarakat dan (2) Peraturan/Enakmen Pusat Zakat majlis Agama Islam Negeri Johor tentang Tatacara Pelaksanaan Pembayaran Zakat Melalui Sistem Potongan Gaji di Johor Darul Takzim.
Saya Merancang, Tapi Allah Juga Merancang…
Pada mulanya, saya memang berkeyakinan bahawa tajuk pertama akan diterima. Oleh kerana itu, bahan2 yang berkaitan sudah ku bawa dari Malaysia. Manakala tajuk yang kedua adalah sebagai tajuk alternatif sekiranya tajuk pertama sudah pernah dibahaskan. Namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya dengan tajuk yang kedua pula diterima oleh pihak jurusan. Ini adalah kerana tajuk tersebut dikatakan menarik untuk dikaji disebabkan system ini masih lagi belum digunakan di Indonesia.
Setelah judul diterima, peringkat seterusnya adalah penyediaan proposal untuk dibahaskan oleh Senat Penilai Skripsi sebelum mahasiswa diberikan pembimbing bagi membimbing di dalam pengisian bahan skripsi dan bimbingan kesesuaian bahasa yang digunakan.
Jadi, selepas ini seandainya ada yang mencari atau cuba menghubungi saya, tetapi tidak dapat, anggaplah saya berada di luar kawasan kerana sibuk menyiapkan skripsi. Tetapi sekiranya ada yang berhajat membantu memberikan metode @ bahan2 yang boleh menyumbang kepada penghasilannya, boleh berhubung terus kepada saya di email ini atau +6287868655700. Harap2 kepada sahabat2 seperti Fairuz dan Firdaus dapatlah membantu saya.
Wassalam.
• Penghasilan skripsi adalah tahapan terakhir yang mesti dilalui oleh mahasiswa setelah menghabiskan kesemua mata kuliah bagi memperoleh gelar Sarjana. Skripsi adalah karya ilmiah setebal minima 60 muka surat yang mesti dihasilkan oleh Mahasiswa Institut Agama Islam Negeri-Sumatera Utara khususnya dan Mahasiswa yang belajar di Universiti di Indonesia secara umumnya. Jika di Malaysia, ia boleh diibaratkan sebagai tesis.
• Tahniah kepada skuad Johor FC diatas kejayaan mara ke suku akhir Piala Malaysia. heheheheh
Thursday, October 15, 2009
Menuju Garis Penamat...
Posted by Akhie Mujahied at 1:30 PM
Labels: Nukilan Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sabaik ustaz ghani.. hehehhe.. hidup lagi ko errr.. penat aku watkan blog ko.. ko amik header dia jerk.. tajuk tesis ko tu kan kajian pelaksanaan. ko kene la pegi maij dapatkan penjelasan.. kami sedia membantu serba sedikit...
hehehehe. ala, aku aritu ubah2. last2 tinggal header die jerk... bab aku lebih kepada zakat pendapatan...
Post a Comment