Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama...
Natijah berbeza...
Ramadhan mereka gembira cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman...
Mereka gembira
Kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah nur Al Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur...
Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga...
Friday, August 27, 2010
Ramadhan 2 Zaman...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Memang ramai yang hanya dapat lapar dan dahaga kerana mereka hanya puasa makan dan minum. Yang teruk, tak puasa. Yang lebih teruk, tak puasa, tak malu beli makanan kul 3.00 petang. Yang sangat teruk, bangga makan di khalayak ramai. Wal 'iadzubillahi mindzaalik...
Salam...menarik..pohon dikongsikan...terima kasih.
Post a Comment