Tuesday, January 12, 2010

Pengalaman "Bekerja" Sebelum Bekerja...

Hari ini hari kedua saya bekerja secara sambilan kerana "bercuti" di Malaysia. Bukan bercuti suka-suka, tetapi kerana nak siapkan skripsi. Ini juga adalah pengalaman kedua saya bekerja secara sambilan. Pengalaman pertama di nurseri @ kedai bunga pada tahun 2001.

Apa Itu Skripsi?
Ramai kawan yang tanya "Apa itu skripsi?" Pengertian skripsi menurut buku Pedoman Penulisan Skripsi & Karya Ilmiah yang telah diterbitkan oleh IAIN Press adalah karangan dalam bentuk karya tulisan ilmiah yang disusun berdasarkan hasil penelitian oleh seorang mahasiswa dalam rangka penyelesaian studi tingkat Sarjana program strata satu (S1) atau di dalam istilah di Malaysia lebih dikenal sebagai tesis.

Kerja...
Kerja apa dan di mana? Kerjanya adalah menjaga kedai fotostat di sekolah Menengah Paduka Tuan. Memberikan perkhidmatan fotostat di sekolah menengah adalah hal yang tidak saya jangkakan sebelum saya pulang bercuti di Malaysia. Pada hari pertama, saya menolong kawan saya membuka pameran buku di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam.

Seronok apabila hidup di kelilingi dengan buku-buku. Melihat kepada pameran buku tersebut, saya terus terkenang kepada mata kuliah Wirausaha yang dipelajari di Semester Lapan, Kuliah Syariah, Institut Agama Islam Negeri, Sumatera Utara. Setiap pelajar diminta membuat kertas kerja mengenai rancangan perniagaan (bisnes planning) yang diminati. Saya telah memilih untuk membina empayar perniagaan kedai buku yang besar. Namun itu semua hanya perancangan.

Bercuti...
Jumaat ini adalah genap 2 minggu saya bercuti di Malaysia. Saya pun masih berkira-kira untuk mencari masa yang sesuai untuk membuat penelitian bagi menyiapkan tugasan skripsi. Penelitian pertama di Yayasan Pembangunan Keluarga dan yang kedua di Mahkamah Syariah Segamat.

* menanti hadirnya key chain yang separuh lagi.... hehehehehe. Nur Kasih :)

No comments: