Tuesday, February 9, 2010

Kenangan Zaman Sekolah...

Perbualan Bersama Pelanggan
Dialog 1 :
Bang, saya fotostat banyak ni. Takkan boleh kurang.

Dialog 2 : Murahnya, sekeping 5 sen je. Baki tu abang ambil jela.

Dialog 3 : Bang, saya nak buat 2 dalam 1 je ek. Cikgu suruh. Dapat jimat sikit.

Dialog 4 : Kenapa tak jelas ni? Awak gelapkan sikit boleh?

Dialog 5 : Bang, bagi resit boleh? Nanti kawan-kawan tak percaya pulak.

Dialog 6 : Nasib baik awak buka kedai fotostat di sini. Senang kami. Tak perlu susah-susah fotostat di luar.

Dialog 7 adalah dialog paling “sengal”.

Saya berkata “Maaf dik, elektrik takde la. Mesin tak dapat jalan. Tengok kelas tu pun tiada elektrik”. Adik itu membalas “Ala bang, saya nak guna cepat ni. Takkan tak boleh tolong. Saya membalas di dalam hati “mesin ni guna elektrik la, bukan bateri”

Dialog-dialog di atas adalah rutin seharian yang saya tempuh kecuali dialog yang ke 7. Dialog ke 7 dialami sewaktu Sekolah Menengah Paduka Tuan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Pengalaman Sepanjang Hayat
Bekerja sementara dengan menempuh suasana persekolahan mengingatkan saya kepada kenangan sewaktu zaman persekolaan. Mungkin suasananya berbeza kerana sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 6 saya bersekolah di sekolah arab, namun demikian karenah para pelajar sekolah menengah biasa boleh membuatkan sesetengah guru pening dan sakit jantung.

Ada juga guru yang meluahkan bahawa mereka rasa terbeban dengan karenah para pelajar. Bahkan juga jika terdengar para guru ini dimaki adalah perkara biasa. Tidak mengira lelaki maupun perempuan.

Cuti berbaki saya hanya tinggal sebulan setengah sahaja lagi, sedangkan kerja yang sepatutnya saya laksanakan belum dapat saya sempurnakan. Kenapa? Tidak mempunyai masa, ruang dan peluang. Tetapi saya merancang cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan sepenuhnya, walaupun jadual agak padat dengan pelbagai agenda yang telah dirancang dan diterima. Insya-Allah.

Pernikahan Kawan2
Dalam tempoh bercuti juga, saya dapat menghadiri majlis perkawinan 2 orang kawan saya iaitu Ustaz Ahmad Zainan dan Ustaz Mohd Faiz Abidin dan yang bakal menyusul Ustaz Zarul Salleh, Ustaz Mohd Ridwan Roslan dan Ustaz Mohd Rasul Amat Al-Hafiz. Ramai juga yang Tanya “Hai, asyik pergi majlis orang je, kau tu bila pula?” “Kawan2 ada yang dah ada anak, kau tu je masih belum berkawin”. Saya menjawab,” Masih belum ada rezki la. Lagipun aku belum habis belajar lagi. Si dia tu pun masih belajar lagi la”. Namun hakikatnya, masih belum dapat lampu hijau dari mak saya sendiri yang mengenakan syarat supaya dah ada kerja, baru boleh memasang hajat untuk berkahwin.

2 comments:

ibnu_maulub said...

tapi kalau dah jodoh.. taqdir penentu segalanye.. nak kawin..nak kawin..
huwahuwahuwa... ko ganie ko kje pe??

Akhi Mujahied said...

Aku tolong kawan aku jaga kedai potostat jek... hehehehehehe